8 Views
Published
MASJID AS-SOBIRIN, Lembah Keramat: https://fb.com/masjidassobirin | https://instagram.com/masjidassobirin ---
KURSUS MANASIK HAJI 1439H/2018M: SIRI 6.2 - SOLAT JAMAK & QASAR
oleh Ustaz Drs Sapawi Che Mat
18 Rabiulakhir 1439 (b. 6 Jan 2018M)
di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat

Tonton video sebelum ini:
https://youtu.be/9qxrd4nvu5s
https://youtu.be/9qxrd4nvu5s
https://youtu.be/9qxrd4nvu5s

Tonton kompilasi video Kursus Manasik Haji 1439H:
http://bit.ly/2ABa8r7
http://bit.ly/2ABa8r7
http://bit.ly/2ABa8r7

*Kursus Manasik Haji 1439H di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat pada setiap hari Sabtu jam 9.30 pagi - 12.00 tengah hari, bermula dari 2 Disember 2017. Untuk pertanyaan/pendaftaran, sila hubungi: Haji Roslan - 019-305 9608

kursus manasik haji umrah ibadah ihram tawaf saie wuquf


Solat Qasar & Jama''

Solat Qasar:

Qasar ertinya ringkas.

Adapun solat qasar: Ialah meringkaskan solat-solat fardu yang bilangan asalnya 4 rakaat menjadi 2 rakaat sahaja.

Solat-solat yang boleh dilakukan Qasar: Zohor, Asar dan ‘Isya’.


Caranya: Solat sepertimana biasa cuma apabila telah selesaikan 2 rakaat, tahiyat awal menjadi tahiyat akhir lalu diakhiri dengan salam. Tentunya sewaktu permulaannya dimulakan dengan niat di hati akan melakukan solat tersebut secara Qasar. Melafazkan niat adalah tidak wajib dengan kesepakatan Imam 4 Madzhab, maka selama seseorang muslim itu tahu apa yang ingin dilakukannya daripada amalan dan tekad atau azamnya di hati telah ada, ia pun melaksanakannya.

‘Illah (sebab/faktor) solat dilakukan secara Qasar: Safar
bererti seorang musafir sahaja yang boleh solat Qasar.
Apabila ia bertukar keadaan menjadi seorang muqim (tetap di negeri destinasinya) atau menjejakkan kakinya ke tanahairnya, ia tidak boleh qasar lagi. Sebaliknya ia mesti melaksanakan solatnya secara tamam (4 rakaat).

Bilakah seseorang itu dinamakan ‘musafir’?
1. Ia dinamakan musafir sebaik sahaja ia meninggalkan negeri (tidak semestinya negara), menurut ‘Uruf dan niat.
2. Perjalanannya daripada tanahairnya hingga ke destinasinya menjangkau jarak 2 marhalah (1 marhalah = 44.352 km) menurut pendapat Jumhur antaranya Imam 4 Madzhab utama kecuali Imam Abu Haniefah yang menetapkan 3 marhalah.

Misalnya:
S’pura adalah sebuah negeri. Selama seseorang tidak meninggalkan negerinya ia tidak dikira musafir. Oleh itu, ‘despatch rider’ walau telah beribu batu ia pusing seluruh S’pura, lebih daripada 90km, ia tidak boleh lakukan Qasar sebab ia bukan musafir.

Adapun Malaysia adalah sebuah negeri juga. Tetapi ia adalah negeri yang besar yang merangkumi beberapa buah negeri. Oleh itu, jika seorang yang tinggal di Johor bermusafir ke Kelantan atau K.L., ia boleh Qasar kerana telah meninggalkan negeri Johornya ke negeri lain walaupun kedua-duanya di dalam Malaysia dan jaraknya melebihi 90km.

Selain itu, jika seseorang yang tinggal di S’pura ingin ke Melaka, tetapi ia singgah di Angsana Plaza (Johor), ia boleh solat Qasar di Johor kerana ia telah memulakan perjalanannya ke destinasinya yang melepasi jarak 2 marhalah dan ia telah keluar dari negerinya S’pura. Wallahu a’lam.

[Perhatian di sana ada beberapa pendapat di dalam hal-hal ini. Kita mengambil jalan yang pertengahan atas dasar taqwa dan Sunnah. Namun, itu tidak akan menjadikan kita berkeras dengan pendapat sendiri dan menyalahkan pendapat yang lain. Sebab, semuanya berpandukan dalil dan ijtihad para ulama besar]

Bilakah musafir dinamakan muqim di negeri destinasinya.
1. Maksud ‘negeri destinasinya’ ialah tempat tujuannya yang utama. Misalnya: Seseorang ingin ke Bangkok (destinasinya) dari S’pura (tanahairnya), tetapi ia singgah di K.L. Maka ia masih dikira seorang musafir selama di K.L. sebab ia belum sampai ke destinasinya dan ia sentiasa punya niat meneruskan perjalanan.
2. Apabila ia telah berada selama 3 hari [72 jam] (menurut Jumhur, di antaranya Mazhab asy-Syafi‘ie) di negeri destinasinya, maka ia telah berubah menjadi muqim dengan niatnya berada tetap di destinasinya, sehinggalah ia memulakan perjalanannya pulang ke tanahairnya maka ia dikira musafir lagi sehingga sampai ke tanahairnya.

http://www.al-jamaah.sg/2014/12/26-solat-qasar-jama-panduan-ringkas.html
Category
Denmark


Be the first to comment


stat4u